No Pendaftaran Pertubuhan: PPM-018-10-04092012
Hayrat Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah nama Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur. Pertubuhan ini berorientasikan pendidikan dan kebajikan. Agenda kebajikan kami digerakkan melalui sayap kemanusiaan kami, Hayrat Relief Malaysia.
Hayrat Malaysia bekerjasama dengan Yayasan Hayrat Turki dan Persatuan Hayrat Bantuan Kemanusian Turki (Hayrat Insani Yardim), sebuah NGO yang berpusat di Istanbul, Turki dengan jaringan operasi dan kerjasama di lebih 45 buah negara seluruh dunia.
Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur (Pemikiran An-Nur) yang juga dikenali sebagai HAYRAT MALAYSIA telah ditubuhkan sejak 2012 dengan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan no pendaftaran PPM-018-10-04092012.
Mempunyai Visi untuk menjadi NGO Kebajikan Pilihan Rakyat Malaysia menjelang tahun 2025.
Meletakkan Misi organisasi yang berpaksikan perlaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi menerusi agenda bantuan pendidikan, kesihatan, kemanusiaan, khidmat masyarakat, dan modal insan. Dalam masa yang sama berpandukan prinsip “Dunia Berubah Dengan Kebaikan”.