Soalan: Apakah perkara yang dahsyat pada zaman sekarang menurut Badiuzzaman Said Nursi?
Jawapan:
Mengingkari kewujudan Allah.
Kelalaian manusia dalam melakukan dosa kerana nafsunya berjaya mengalahkan akal dan hatinya walaupun mereka masih mempunyai iman.
Soalan: Apakah jalan penyelesaian yang dibawakan oleh Risalah an-Nur terhadap dua perkara yang dahsyat ini?
Jawapan:
Menghancurkan pemikiran yang mengingkari kewujudan Allah dengan hujah-hujah kukuh melalui risalah Tabiat dan Ayat-ul Kubra.
Membuktikan dan menunjukkan keseksaan azabjahannam di dalam setiap perbuatan dosa dan keseronokan nikmat syurga di dalam setiap perbuatan kebaikan pahala dengan hujah daripada Risalah Kalimah-kalimah Kecil.