Apakah maksud Ma’nayi Harfi dan Ma’nayi Ismi?
Published by admin on
Apakah maksud Ma’nayi Harfi dan Ma’nayi Ismi?
Ma’nayi Harfi dan Ma’nayi Ismi adalah dua metode pandangan alam (ataupun nama lainnya seperti kaca mata kehidupan, World view, dll). Dua metode ini adalah digunakan bagi melihat alam semesta sama ada ia bersandarkan kewujudan Pencipta Allah S.W.T. ataupun sebaliknya.
- Ma’nayi Harfi : Pemandangan melihat sesuatu kewujudan atas nama Allah dan dengan disebabkan kewujudan Allah. Pemandangan inilah yang dinasihatkan kepada orang yang beriman untuk melihat alam.
Contoh : Apabila melihat keindahan sesuatu seperti bunga lalu ia akan menyebut, “Alangkah indahnya ciptaan Allah.” Begitu juga apabila melihat sesuatu kejadian seperti hujan dan menyebut, “Lihatlah hujan yang diturunkan oleh Allah.”
- Ma’nayi Ismi : Pemandangan melihat sesuatu kewujudan tanpa bersebabkan kewujudan Allah malah atas kewujudannya sendiri.
Contoh : Apabila melihat keindahan sesuatu seperti bunga lalu menyebut, “Alangkah cantiknya bunga ini” tanpa memikirkan bahawa sifat indah yang dimilikinya adalah milik penciptanya. Begitu juga apabila dia melihat kejadian hujan lalu menyebut, “Hujan sedang turun” seperti menunjukkan bahawa hujan itu turun secara sendiri tanpa mengingatkan sebarang tanda Musabbabul Asbab (Allah) disebaliknya.