Apakah maksud Iman Taklidi dan Iman Tahkiki?

Published by admin on

Apakah maksud Iman Taklidi dan Iman Tahkiki?

  1. Iman Taklidi bermaksud iman yang diperoleh secara taklid yakni amalan yang ditiru bulat-bulat daripada ibu bapa, keluarga dan kawasan sekeliling tanpa bersandarkan kepada sebarang dalil dan hujah. Keadaan Iman Taklidi ialah suatu keadaan iman yang lemah dan berkemungkinan mudah untuk melakukan dosa dan membawa kepada kekufuran.
  2. Iman Tahkiki bermaksud iman yang diperoleh secara tahkiki yakni daripada pengkajian, bersandarkan kepada dalil yang sah dan hujah yang kuat. Keadaan Iman Tahkiki adalah iman yang mencapai tahap seolah-olah melihat kewujudan Allah ketika hidup di dunia ini. Menurut jumhur ulama’, sesungguhnya bagi setiap orang yang beriman, untuk menaikkan tahap keimanannya kepada iman tahkiki, hukumnya adalah fardhu ain.

(Sumber Risalah Kalimah ke-22)