Apakah maksud Burhan-i Inni dan Burhan-i Lummi?

Published by admin on

Apakah maksud Burhan-i Inni dan Burhan-i Lummi?

Burhani Inni dan Burhani Lummi adalah dua istilah kepada metode pembuktian yang terdapat di dalam Risalah an-Nur untuk membuktikan persoalan imani seperti Tauhid, Hasyir (Hari Kebangkitan) dan lain-lain. 

  1. Burhani Inni :  Metode dalil pembuktian dari kewujudan makhluk kepada natijah kewujudan Al-Khaliq (Pencipta).

Contoh : Kelihatan asap di sebalik gunung menunjukkan api terbakar di kawasan itu. Walaupun mata tidak nampak api tersebut tetapi akal meyakini bahawa asap adalah natijah dari api yang terbakar. Begitu juga pada hakikatnya, Allah itu tidak kelihatan dengan mata. Namun kewujudan setiap makhluk di dunia ini kesemuanya mempamerkan dalil dan bukti kewujudan Allah sebagai Al-Khaliq yakni pencipta mereka. 

  1. Burhani Lummi : Metode dalil pembuktian dari kewujudan pencipta (Al-Khaliq) kepada natijah kewujudan makhluk. 

Contoh : Sebagaimana kewujudan api secara langsung menatijahkan kewujudan asap adalah benar walaupun mata tidak mampu melihat asap api tersebut pada waktu malam, begitu juga kewujudan Pencipta (Al-Khaliq) secara langsung membuktikan kebenaran Kenabian Nabi Muhammad SAW dan Hari Kebangkitan. Metode ini adalah sesuai digunakan untuk membuktikan persoalan iman seperti Nubuwwah dan Hasyir