Siapakah Ustaz Badiuzzaman Said Nursi?

Published by admin on

Soalan: Siapakah Ustaz Badiuzzaman Said Nursi?

Jawapan: Ustaz Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan di Turki pada tahun 1876. Beliau mempelajari ilmu-ilmu Islam pada usia muda dan mengabdikan dirinya kepada Islam. Dia mendidik pelajar untuk berkhidmat kepada Islam. Beliau menyertai Perang Dunia Pertama bersama pelajarnya, menyusun Koleksi Risalah an-Nur yang terdiri daripada 130 risalah selepas pengisytiharan republik Turki, menyelamatkan kepercayaan orang ramai dengan karya-karya ini, dan memerangi penyelewengan agama. Inilah sebabnya musuh-musuh agama menyeksa beliau dengan memenjarakan dan membuang negeri. Di sebalik semua halangan itu, khidmat Risalah an-Nur tersebar di seluruh Turki dan menjadi karya yang paling banyak dibaca. Ustaz Bediuzzaman meninggal dunia pada tahun 1960 pada usia 84 tahun.