Apa itu Risalah an-Nur?

Published by admin on

Soalan: Apakah itu Risalah an-Nur?

Jawapan: Risalah An-Nur adalah koleksi atau himpunan 130 risalah yang terhimpun di empat buku utama iaitu Al-Kalimat (Kalimah-Kalimah), Al-Maktubat (Surat-Surat), Al-Lama’at  (Kilauan) dan As-Syua’at (Sinaran). Al-Kalimah (Surat-Surat) mengandungi 33 risalah, Al-Maktubat mengandungi 33 risalah, Al-Lama’at  (Kilauan) mengandungi 33 risalah dan As-Syua’at (Sinaran) pula mengandungi 15 risalah. Maktub (Surat) ke-28 mengandungi 8 risalah, manakala Maktub (Surat) ke-29 mengandungi 9 risalah. Maka, jumlah semuanya adalah 130 risalah, di mana sebahagian daripada risalah tersebut adalah pendek, mungkin hanya 2 atau 3 muka surat, sedangkan sebahagian yang lain mempunyai 80-90 muka surat.

Ustaz Badiuzzaman selalu mendefinisikan Risalah an-Nur sebagai ‘mujaddid zaman ini’, ‘tafsir tematik dan syarah Al-Qur’an’, kadang-kadang sebagai ‘satu disiplin ilmu kalam’, dan kadang seperti Tasawuf ‘pentarbiyahan nafsu dan satu jalan yang membawa manusia kepada tuhannya dengan mentarbiyah nafsu.’