Di Malaysia, bulan puasa sentiasa dinanti & dirindui disebabkan keberkatan dan kemeriahannya.
Namun di Syria,
suasana di bulan puasa mereka jauh berbeza sama sekali dengan kita.
Jika kita berbuka penuh juadah enak di meja, mereka mungkin hanya memakan roti kering dan cicah dengan air hujan.
Jika tiada makanan, adakalanya mereka terpaksa berpuasa beberapa hari hanya bersahur dan iftar dengan meminum air hujan yang ditadah.
REALITI DI SYRIA SEKARANG!
Dikala rumah kita berdindingkan batu, katil kita beralas tilam yang tebal dan empuk.
Tetapi pelarian Syria ini hanya tinggal di dalam khemah usang yang ditampal-tampal kerana bocor, dan hanya berlantaikan tanah untuk tidur.
Mungkin anda sendiri tidak terbayang penderitaan hidup mereka, namun itulah realiti yang diceritakan, dan apa yang kami saksikan sendiri.
Atas sebab itu, kami dengan rasa rendah hati, ingin menyeru Rakyat Malaysia supaya kita sama-sama membantu pelarian Syria ini agar Ramadhan tahun ini menjadi lebih bermakna.
KAMI MENSASARKAN 7,500 PEK BANTUAN MAKANAN DAN LAIN-LAIN UNTUK MEREKA RAMADHAN INI
Bagi menambahbaik kehidupan mereka, Pemikiran Nur (Hayrat Malaysia) bercadang untuk memberikan bantuan terdekat sebanyak :
*** Memberi manfaat kepada lebih 37,000 mangsa.
Kalau diikutkan 5 trak ini pun masih tak mencukupi, direkodkan pelarian yang ada sudah mencecah 1 juta orang.
Cuma ni adalah usaha berterusan Pemikiran Nur (Hayrat Malaysia) bagi memastikan sekurangnya mereka tidak mati kerana kelaparan.
KENAPA KAMI SASARKAN 5 TRAK?
Ini disebabkan, sewaktu bantuan yang dibawa pada November tahun lepas, kami terkilan apabila ada keluarga yang duduk di gurun-gurun turun ke khemah tetapi nama mereka tak tersenarai dan bekalan pada waktu tu semua dah habis. Allah…
Oleh itu, untuk musim puasa tahun ini. Kami cuba untuk pastikan agar semua pelarian ini mendapatkan bekalan makanan yang cukup untuk survive.
Insyaallah, besar ganjarannya tuan-puan bantu orang yang berpuasa & sedang dalam kesusuhan ni.
Zaid bin Khalid al-Juhani R.A meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.
Riwayat Al-Tirmizi (807)
Setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti dalam firman Allah S.W.T:
مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.
Surah Al-An’aam (160)
Ayuh! Bantu Mereka Walaupun Serendah RM 10
Anda boleh pilih ikut pakej di bawah mengikut kemampuan masing-masing:
+ BANTUANSYRIA 10 = RM 10
+ BANTUANSYRIA 30 = RM 30
+ BANTUANSYRIA 50 = RM 50
+ BANTUANSYRIA 100 = RM 100
+ BANTUANSYRIA 300 = RM 300
InsyaAllah, dengan asbab bantuan anda semua, lebih ramai mangsa-mangsa perang di Syria ini dapat menjalani bulan Ramadhan tahun ini dengan lebih baik.