Bantuan untuk Syria
Syria merupakan kawasan perang perebutan kuasa. Kini ramai pelarian yang terdiri daripada kanak-kanak kecil dan wanita. Kini sahaja hampir 4.5 juta pelarian Syria yang berteduh di sempadan Syria-Turkey di Azaz, Jerablus dan Afrin. Kebanyakkan kanak di Syria ini dilahirkan hanya di dalam khemah tanpa kelengkapan selesa.
Dikala rumah kita berdindingkan batu, katil kita beralas tilam yang tebal dan empuk. Tetapi pelarian Syria ini hanya tinggal di dalam khemah usang yang ditampal-tampal kerana bocor, dan hanya berlantaikan tanah untuk tidur . Mungkin anda sendiri tidak terbayang penderitaan hidup mereka, namun itulah realiti yang diceritakan, dan apa yang kami saksikan sendiri.
Oleh itu kami Pemikiran Nur (Hayrat Malaysia) bersama NGO seperti MAPIM, MyFundAction dan Institusi lain mengambil inisiatif masalah berkaitan dengan memberikan bantuan pek makanan. Ini kerana mereka sangat kekurangan keperluan makanan asas. Kempen ini khusus untuk membantu golongan pelarian Syria dan diharap dapat memberi sedikit nafas lega kepada mereka dalam menghadapi waktu genting ini.
Di samping itu kami juga bekerjasama bersama Hayrat Yardim dalam melaksanakan projek membina rumah briket buat saudara kita di sana. Tujuannya adalah untuk membina tempat tinggal yang selesa buat mereka di sana. Seterusnya sebagai satu langkah kepada pembinaan masyarakat pada masa hadapan,
Objektif kempen ini adalah :
– Menyampaikan bantuan berbentuk makanan (pek makanan) kepada saudara Islam kita di Sudan dan Syria
– Membina Rumah Briket untuk saudara Muslim kita di Syria.
– Membantu meringankan beban saudara kira di Syria yang terkesan daripada perang dan konflik di sempadan Turki-Syria.
– Mendidik rakyat Malaysia untuk sama sama membantu dan menyumbang kepada saudara Islam yang sedang dalam kesusahan.
Oleh itu, mereka yang mahu bersama menjayakan kempen ini boleh menghulurkan bantuan di sini https://pemikirannur.onpay.my/order/form/malaysiaforsyria