Anak Yatim dan Keluarga Asnaf

Anak Yatim dan Keluarga Asnaf

Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur (Pemikirannur) telah melaksanakan Program Pendidikan Anak Yatim sejak tahun 2017 sehingga kini. Kami mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi. Antaranya, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor (Rumah Barkat), Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia Negeri Sembilan (MAPIM), Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah dan Maahad Sains Al-Quran Al-Amin. Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan dan masih berlangsung seperti kem penghayatan solat, bantuan bulanan seperti makanan asasi, baju sekolah dan baju raya dan juga alatan tulis dan banyak lagi. Program ini telah dihidangkan dengan silibus-silibus kerohanian dari Kitab Risalah An-Nur.

Selain itu juga, fokus kami untuk membantu meringankan beban keluarga asnaf dengan memberi bantuan berupa pek makanan dan barangan asas. Sehingga kini hampir 400 keluarga asnaf telah menerima manfaat dari kempen ini. Kami bekerjasama dengan beberapa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan rakan kongsi kami MAPIM N.9 dalam menyantuni keluarga asnaf. Sasaran kelompok yang menerima bantuan ini terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan keluarga asnaf.

Oleh yang demikian, kami membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur dalam menjayakan program pendidikan anak yatim ini.