Kenapa ia diberikan nama “Risalah an-Nur’’?
Published by admin on
Soalan: Kenapa ia diberikan nama “Risalah an-Nur’’ (Risalah-Risalah Cahaya)?
Jawapan: Badiuzzaman Said Nursi menghuraikan bagaimana risalah tersebut tertulis sewaktu fasa Said Baru dan bagaimana nama “Risalah An Nur” telah diberikan kepadanya:
“Aku telah memberi namanya ‘Risalah An Nur’ kepada semua risalah secara keseluruhan. Hakikatnya, disebabkan ia bersandar kepada cahaya Al-Qur’an, nama tersebut lahir daripada hati nuraniku dan aku yakin dengan sepenuh keyakinan bahawa ini adalah satu ilham. Dan aku menyebut “Barakallah!” kepada mereka yang telah menghasilkan semula risalah-risalah ini, kerana ia adalah mustahil untuk menyebarkan cahaya keimanan kepada sesiapa sahaja. Risalah-risalah ini dikongsikan di antara orang-orang beriman dan ianya ditulis semula dengan tangan. Aku yakin bahawa ianya adalah perintah Ilahi untuk menguatkan iman orang Islam yang kian melemah. Orang mukmin tidak boleh difikirkan untuk menghalang perintah Ilahi ini, dan aku secara peribadi berasa bertanggungjawab untuk menggalakkannya. Risalah-risalah ini, yang mana bilangannya telah mencecah seratus tiga puluh, terkait dengan tema seperti akhirat dan keimanan, dan ia secara sengaja mengelak daripada politik dan perkara duniawi.” (Sinaran, Altınbasak Pub, V. 2, p. 531)
“Sebab kenapa Kalimah ketiga puluh tiga dan Surat ketiga puluh tiga diberi nama Risalah an-Nur adalah seperti berikut; sepanjang hidupku aku sudah berjumpa dengan kalimah ‘Nur’ (cahaya) dalam banyak bentuk.
Ringkasnya:
Kampungku, Nurs.
Nama arwah ibuku adalah Nuriya.
Syeikh Naqshiku adalah Sayyid Nur Muhammad.
Syeikh Qadiriku adalah Nuraddin.
Salah seorang guru Al-Qur’anku adalah Nuri.
Pelajar-pelajarku yang paling berminat denganku adalah mereka yang namanya Nur.
Metafora yang terbaik menerangkan dan mencerahkan buku-buku aku adalah Nur (cahaya, matahari, dll).
Ayat yang pertama yang terdetik dalam fikiran dan membuatkan mindaku sibuk adalah ayat, “ Allah adalah Nur langit dan bumi.” (Nur, 24:35).
Nama yang paling berguna dalam menyelesaikan kesukaran yang aku hadapi sewaktu berurusan dengan kebenaran Ilahi adalah nama Nur berbanding dengan nama-nama tercantik Allah(SWT) yang lain.
Panduan khas aku untuk usaha aku yang berkesan terhadap Al-Qur’an dan aku membatasi khidmatku kepada dia (Sayidina Uthman) Zinnurrayn (R.A).” (Tambahan Barla).