Dunia Membaca Al-Quran
DUNIA MEMBACA AL-QURAN
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ اْلقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang belajar Al Qur’an dan mengajarkannya
RM20.00 per naskhah
Dari Meja Presiden
DUNIA MEMBACA AL-QURAN
Bismillahirrahmanirrahim
Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur (Pemikirannur) adalah sebuah badan yang memfokuskan kepada pendidikan dan kebajikan. Merujuk kepada matlamat ini, kami bersimpati akan keadaan saudara-saudara kita di Asia tengah dan Afrika. Sebahagian daripada negara yang dhaif amat memerlukan mushaf-mushaf Al-Quran. Mereka membaca dan menghafal Al-Quran dari permukaan kayu atau papan yang dikenali sebagai ‘luh’ kerana kekurangan mushaf-mushaf Al-Quran. Kekurangan mushaf Al-Quran disebabkan kemiskinan yang melanda mereka. Hal ini menyebabkan mereka menulis di papan-papan dan permukaan kayu untuk membaca dan menghafal Al-Quran, dan sebahagiannya merupakan peninggalan dari nenek moyang mereka.
Oleh yang demikian, kami dari Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur (Pemikirannur) dengan kerjasama Yayasan Hayrat di Turkey, telah memulakan kempen “Dunia Membaca Al-Quran” dengan impian menyebarkan Al-Quran keseleruh dunia yang sangat memerlukan terutamanya kawasan pedalaman Afrika dengan komuniti minoriti Islam.
Matlamat Kami adalah untuk menyebarkan 1,000,000 naskhah Al-Quran kepada saudara-saudara Muslim kita disana melalui Kempen “Dunia Membaca Al-Quran” ini dengan harapan bagi melahirkan lebih ramai generasi Tahfiz Al-Quran dan menyebarkan Islam di kawasan minoriti Islam di sana.
Alhamdulillah, sehingga hari ini, kami telah menghantar lebih 300 ribu Al-Quran di beberapa negara terutamanya di Afrika, Nigeria, Sudan, Nijer, Togo, Ghana, Somalia, Kenya, Bosnia, Hervegonia, Utara Macedonia dan Albania dan masih berterusan sehingga kiniNamun, masih ramai lagi yang sangat memerlukan madrasah-madrasah mereka, siapa lagi jika bukan kita yang menghidupkan semula umat generasi Al-Quran melalui kempen DUNIA MEMBACA AL-QURAN ini.
Saya menyeru kepada semua untuk bersama-sama kami dalam menjayakan Kempen kali ini.
Tuan Ahmad Anas bin Haji Fadzil
10 Januari 2020
Kalam Aluan Hayrat
DUNIA MEMBACA AL-QURAN
Bismillahirrahmanirrahim
Yayasan Hayrat (Hayrat Foundation) merupakan sebuah organisasi yang berpaksikan pendidikan dan juga perpaduan ummah berpusat di Isparta, Turki. Melihat kepada paksi ini, iaitu pendidikan dan perpaduan ummah, kami telah menjalankan Kempen Dunia Membaca Al-Quran (Dunya Quran Okuyor) di Turki dan di negara-negara lain termasuklah Malaysia.
Kami menekankan Kempen ini kerana melalui tinjauan kami di beberapa buah desa dan perkampungan mereka tidak mempunyai mushaf Al-Quran. Mereka membaca Al-Quran yang ditulis di atas permukaan kayu dan menghafalnya kerana kedhaifan. Oleh itu kami menyasarkan 1,000,000 Al-Quran yang bakal diagihkan kepada negara-negara yang dhaif dan juga madrasah-madrasah tahfiz yang memerlukan. Harapan kami, mereka mampu membaca dan menghafal melalui mushaf Al-Quran.
Al-Quran yang akan diedarkan adalah dari Kilang Al-Quran Yayasan Hayrat yang berpusat di Isparta, Turki. Al-Quran ini mendapat pengesahan dan pengiktirafan Jabatan Urusan Agama Islam Turkey. Al-Quran ini juga terdapat di Malaysia dengan pengesahan KDN. Ditulis oleh Ahmed Husrev Altınbaşak, Al-Quran ini adalah Al-Quran berwarna dan senang dibaca. Al-Quran ini juga dicetak dan diedarkan di Turki, dan Universiti Azhar Mesir, yang dikenal sebagai “Resm-i Osmani”, yang dapat dibaca oleh umat Islam yang tinggal di negara-negara Arab dan Afrika.
Akhir kalam, saya menyeru kepada semua saudara Islam kita untuk bersama kami dalam menjayakan Kempen Dunia Membaca Al-Quran.
Wallahualam.
Tuan Sadik Ozata
Wakil Yayasan Hayrat (Hayrat Foundation), Turki
Dunia Membaca Al-Quran#DuniaMembacaAlquran
HUBUNGI KAMI
Abdul Rahman Abd Rashid
Pegawai Perhubungan Antarabangsa
- 019-602 4342
- abdulrahman@pemikirannur.com
Habibullah Aziz
Pegawai Perhubungan Korporat
- 014-236 0953
- habibullah@pemikirannur.com