Bantuan Kurban

Umum mengetahui akan ibadah kurban yang diraikan seluruh umat Islam. Maka kami dari Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah Annur dengan kerjasama dari Hayrat Humanitarian Aid, juga menyediakan khidmat Kurban kepada rakyat Malaysia yang mahu menunaikan ibadah kurban, sama ada di Malaysia atau luar negara. Pemikirannur sudah menguruskan kurban sejak dari tahun 2015 sehingga kini dan bekerjasama dengan pelbagai NGO terutamanya Hayrat Humanitarian Aıd dalam menguruskan dan mengagihkan daging-daging kurban kepada mereka yang memerlukan.

Untuk tahun 2020 sahaja kami telah menguruskan Kurban di Malaysia, dan beberapa buah negara seperti Pattani, Thailand, Syria dan Sudan. Objektif kami adalah untuk mengagihkan kepada mereka yang memerlukan terutama negara-negara yang miskin dan mereka yang jarang merasai daging.

Oleh itu, kami menyediakan peluang kepada semua untuk membuat ibadah kurban dengan Pemikirannur.